Tuesday, September 9, 2008

KENALI DIRI YANG ZALIM


Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis yang selalu melingkari hidup manusia.
berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa Insya'Allah kita akan dapat berusaha menghindarkan daripada membenih di dalam diri.
1) Orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada hari Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.
2) Orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan 'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.
3) Orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak 2 rakaat.
4) Orang yang tahu membaca Al-Quran , tetapi tidak mahu membacanya sekurang2nya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.
5) Orang yang banyak berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedangkan makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.
6) Apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesuatu tempat tetapi tidak ada orang yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia di hantar untuk memberi tunjuk ajar kepada penduduk di tempat itu khususnya dalam bidang agama.
7) Orang yang di jemput untuk menghadiri majlis tetapi sengaja tidak menghadiri tanpa alasan yang munasabah.
8) Dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.
9) Orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.
10) Orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.
WALLAHUA'LAM....(",)

1 comment:

wanie said...

selamt berpuasa.. ramadhan al-mubarak..

cArI jOdOh!!!!!