Sunday, February 22, 2009

wahai anak palestin

Wahai anak-anak Palestin,Setiap hari aku melihat wajah luka dan tangisan kamu,Setiap hari aku mendengar jerit pekik kamu,Setiap hari aku membaca rintihan dan derita kamu.
Wahai Anak-anak Palestin,
Maafkan aku,Aku tak berdaya melangkah kaki ke sana membantu kamu,Aku tak mampu menggalas senjata melawan musuh kita itu,Aku tak mampu melontar batu mahupun peluru.
Wahai anak-anak Palestin,
Aku akan cuba di kejauhan ini,Bangun di dinihari,Sujud pada Ilahi,Aku tadah tangan bersama-sama kamu,Pohon dariNYA Yang Satu,Pinta padaNYA pengakhiran hidup yang mulia.
Wahai anak-anak Palestin,
Akan ku ingat lukamu selalu disetiap langkah ku,Mengingati lapar dan dahagamu di setiap suapanku,Mengingati lontaran peluru bedebah mereka di saat aku ingin membeli barang keperluan hidupku,Akan kuhulur setakat yang mampu.
Wahai Anak-anak Palestin,
Semoga setiap deritamu disusuli bahagia,Di setiap tangismu muncul tawa,Di setiap luka syuhadamu dirawat bidadari syurga.
Doaku, agar dunia Islam kan bangkit semula,Wahai anak-anak Palestin,Ini hanyalah permulaan sebuah cerita…

No comments:

cArI jOdOh!!!!!